Wednesday, January 5, 2011

coretan CEKGU!!!

Pagi ini berita tersebar luas,
Bunyinya Keputusan SPM akan keluar,
Tapi ini bukan kejutan buat cikgu,
kerana cikgu sudah tahu isi kandungannya
siapa yang dapat,
ape yang mereka dapat,
siapa yang tidak dapat,
dapat apa?
Keputusan yang baik pastinya.. 9A

Cikgu menanti jam 9, apabila keputusan mula diambil
Pelajar datang berpusu-pusu bersama ibu bapa…
Mercedes hitam, BMW, semuanye besar-besar belaka
Cikgu pandang kereta kancil cikgu,
Tapi cikgu tak malu, sebab dengan kancil itulah cikgu ke sekolah

Mama, Papa , saye dapat 9A!!!
Teriak anak murid cikgu…cikgu dengar
Cikgu senyum gembira…mata berair …
Cikgu Nampak mama dan papa dia senyum gembira…
Cikgu dapat ape?? Cikgu sekadar bole tumpang gembira..
CIKGU BANGGA!!! CIKGU sekadar boleh berbangga dalam hati..
Mama papa dia boleh cakap : TENGOK LAH ANAK SIAPA…
Tapi cikgu?? Cikgu tak da hak nak kate ape..

Makk ayahhh…. Uwawawawaw  ade tangisan cikgu dengar…
Ade anak murid cikgu menangis…sedih sangat
Mak ayah dia pon sedih,,,
Cikgu tumpang sedih..tapi cikgu tak de hak nak peluk dia…
Cikgu bukan siapa-siapa..

Tapi, paling memilukan…
Bila anak Berjaya : mak bapak kate :
Anak saye memang pandai..sebab tu masuk sekolah ni
Saya memang tau dia pandai..dia rajin..kalau cutI jer dia pegi tuisyen…
Ala, belajar cikit pon dia bole dapat..dia genius…
Cikgu sikit pon tak dengar ade pujian untuk cikgu..
Tak ape lah..pujian itu hak masing2…cume ….

Tapi: bile anaknya gagal…
Ibu bapa tunding jari pada cikgu..
Cikgu sekolah ni memang tak bagus, menyesal hantar sini…
Cikgu tak pandai mengajar…
Cikgu ni makan gaji buta ke??
Cikgu sekadar tersenyum..kalau bole, biarlah cikgu ubah keputusan itu supaya semuanya A…

Cikgu mana yang tak gembira bila anak muridnya Berjaya?
Cikgu mana yang tak sedih bila anak muridnya gagal?
Itulah ragam kita..bila gagal, 
kite salahkan orang..bile berjaya?? Kite bangga dengan diri kita.
.kita lupa siapa yang bantu kita…
Cikgu tak mintak dipuji..cikgu tak mintak disanjung…
Cikgu hanya dahagakan ucapan TERIMA KASIH CIKGU!!
Cukuplah…cukuplah......


______coretan seorang guru daripada MAJALAH sekolah ___


1 comment:

  1. trimAs.. thAnz.. tenkiu.. time kasih cikgu utk sume ilmu kt cni..
    i luv it!!! h__h

    ReplyDelete